Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

Cloth Diaper For Let Go


ENTRI MELEKAT 
buka pelekat sampai dah clear semua stok huhu
Assalammualaikum..

Saya nak let go semua CD-CD yang ada sekarang ni so sesiapa yang berminat bolehlah msg saya untuk pembelian. Aisyah Humaira' pakai CD ni hampir 2 tahun tapi tak fully lah sebab nursery memang tak support. Aisyah ni cuma boleh guna bamboo je...bamboo 100%, kalau campur dengan fleece hape ke mesti rashes naik banyak. Oleh kerana dah tak larat nak mencuci maka saya dengan rela hati huhuhu buka jualan ni hehehe. Sebenarnya sayang sangat nak jual tetapi memandangkan bamboo ni organic kalau rosak tanpa diguna rugi pula. Saya memang jual murah gila sebab rumah tu pun rasanya dan sesak dengan barang. Nak pregnant untuk waktu terdekat ni.......memang tak le hihi!!! Jenis CD dan harga saya senaraikan di sini terus ye.

Bamboolite - RM40
Wuddah - RM35
Coolababy Charcoal - RM25

Sebenarnya ada lagi tapi saya tak ingat. Kalau ada yang tinggal di Putrajaya saya sangat mengalu-alukan untuk datang tengok sendiri agar ibu-ibu lagi berpuas hati. 


Untuk penerangan lanjut hubungi :   
 
Azrina Mohd Tajul Ariffin 
(Lactation Peer Counselor)
HP : 012-3202573
WhatsApp/SMS : 011-12872485
BBM : 26875EED
Email : azrina@mamayangcekal.com
YM : zany231@yahoo.com
GTalk : alongazrina78@gmail.com

Isnin, 13 Februari 2012

Tips Nak Banyak Susu

Seringkali saya menerima mesej daripada ibu-ibu baru yang menyatakan susu mereka semakin berkurangan dan apabila ditanya usia bayi mereka kebanyakannya tidak sampai 6 bulan. Untuk pengetahuan ibu-ibu pada usia 6 bulan pertama hormon prolaktin kita tersangatlah aktif dan tinggi. Bagaimana untuk mengaktifkan hormon prolaktin ini? Mudah sahaja iaitu dengan membiarkan bayi menghisap payudara kita sebanyak mana dan selama mana yang dia mahu. Tahukan ibu bahawa setiap kali penyusuan berlangsung kadar prolaktin akan meningkat 10 kali ganda dan kandungan prolaktin sangatlah tinggi sewaktu malam. Saranan saya ialah perbanyakkan mengepam pada waktu malam iaitu dari jam 12 tengah malam hingga ke Subuh (kalau dah mengepam waktu malam tu cuba-cubalah buat solat sunat agar dipermudahkan perjalanan penyusuan).

Tip Perbanyakkan Penghasilan Susu

  • Kekerapkan mengepam/memerah atau menyusu. Pam 2 jam sekali, buat 4 sesi di pejabat (kalau boleh) dan tambahkan sesi mengepam di rumah lagi. Fahami asas penyusuan di mana lebih banyak kita keluarkan susu lebih byk susu terhasil.
  • Pastikan bayi menyusu dengan lekapan yang betul. Perhatikan bagaimana bayi anda menyusu dan pastikan ia menghisap aerola bukan menghisap puting payudara. Jika salah lekapan ia akan membuatkan puting payudara tercedera dan menyukarkan lagi penyusuan.
  • Buat power-pumping. Refer entri ini iaitu  http://mamayangcekal.blogspot.com/2010/08/hyperstimulation-dan-power-pumping.html
  • Tawarkan kedua payudara setiap kali menyusu. Jika dengan sebelah payudara sahaja bayi sudah kenyang pastikan anda mengepam di sebelah payudara lagi.
  • Guna pam payudara bergred hospital seperti Spectra3, Medela yang berelektrik dan ada double pumping untuk meningkatkan hormon prolaktin ialah hormon yang merangsang penghasilan susu.
  • Banyakkan direct feeding apabila di rumah. Elakkan memberi susu melalui botol susu atau puting. Hisapan dari mulut bayi adalah 'pam' yang terbaik.
  • Banyakkan minum air masak, ambil makanan yg kaya dengan protein, kalsium, zink, karbohidrat untuk penghasilan susu.
  • Ibu kena banyak berehat dan bertenang. Kalau boleh ambil cuti 2,3 hari untuk banyakkan direct feeding dengan bayi. 
  • Menukar posisi penyusuan agar bayi tidak mudah jemu dan untuk mencari kelesaan agar penyusuan akan berjalan dengan lancar. Anda juga boleh membuat breast compression iaitu sambil anda menyusu atau mengepam, buat urutan di payudara agar susu akan keluar dengan lebih lancar.
  • Mengepam selepas penyusuan direct feeding dengan bayi. Your aim in pumping is to remove more milk from the breasts and/or to increase frequency of breast emptying. Jangan dikisah sangat berapa yang ada dapat selepas menyusu yang penting ialah banyakkan rangsangan.
  • Pesan kepada pengasuh anda lagi 1 jam anda ingin sampai di taska jangan beri EBM di dalam botol. EBM yang lebih boleh disimpan untuk keesokkan harinya. 
  • Pengambilan penggalak susu/ubat adalah perkara yang terakhir selepas usaha-usaha di atas anda telah lakukan. Jika anda ingin mengambil ubat pastikan anda mendapatkan daripada doktor yang berkelayakan dan menyokongan penyusuan susu ibu.
 Gud luck


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Pumping Pal Breastshield

 Ini susu saya

Ini susu orang lain he he

 Assalammualaikum,

Jangan terkejut ye, saya dah stop menyusu sebab Aisyah dah 3 tahun. Ini gambar dolu-dolu dan bukan publish di sini nak bagi ibu tension atau nak bagi kaum Adam rasa 'lain'....NO NO NO (macam style Herman Tino cakap dalam siri Ely dan Epit di channel Astro 611 hek hek. Corong tu dinamakan Pumping Pal Breastshield ye puan-puan di mana ada antara ibu yang cik N nya sangatlah sensitif bila tima mengepam. Saya pengguna tegar Spectra3 dan Medela FS. Umum tahu Medela FS punya corong lembut tapi saya tetap tidak selesa sebab ukuran cup tu b.e.s.a.r kot jeling kiri-kanan takut kaum Adam baca. So langkah penyelesaian ialah belilah BPS ni ye yang mana memang ada saiz. BPS ni boleh suit mana-mana pam tetapi sebab saya dah stop pam lama dan banyak jenis pam baru di pasaran wujud so ambil langkah selamat kena tanya pada ibu-ibu yang dah guna samada boleh suit tak ye.

Harap membantu ye...


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Amalan Tahnik

Tahnik bermaksud mengunyah buah kurma atau buah yang seumpama (lazimnya kurma) dan kunyahan itu dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dengan menggunakan jari dan mengggerakkan ke kanan dan kiri lelangit bayi. Amalan ini merupakan satu sunnah Rasullah saw sebagaimana dijelaskan di dalam beberapa buah hadis.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari: "Anak lelakiku baru sahaja dilahirkan, lantas aku membawanya kepada Rasullah saw. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu metahniknya dengan kurma dan memohon keberkatan baginya. Setelah itu Baginda menyerahkannya semula kepada ku". (riwayat al-Bukhari no 5467 dan Muslim no. 2145)

Ancaman Kepada Bayi
Saat bayi dilahirkan ke dunia, mereka telah berpindah dari satu alam ke alam yang lain,  iaitu dari rahim ke alam dunia. Mereka terdedah kepada pelbagai kesakitan sebaik sahaja dilahirkan seperti kesejukan, hepatitis B dan kesakitan daripada proses kelahiran kerana saluran yang sangat sempit. Selain itu mereka terdedah kepada ancaman hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah) kerana bekalan gula dalam badan mereka terlalu sedikit. Jika seseorang bayi mempunyai berat badan yang kecil, semakin kecil kandungan gula dalam darah mereka. Biasanya mereka mempunyai sekitar 20-30ml0/100ml paras gula dalam darah. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang agak bahaya kerana bayi akan terdedah kepada serangan hipoglisemia yang boleh akibatkan kekejangan, tidak sedarkan diri, gangguan saraf, lemah otak dan lebih bahaya lagi boleh sebabkan kematian.

Kelebihan Tahnik
Setiap amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasullah saw mempunyai maksud yang amat tinggi nilainya.  Perkembangan bidang neonatalogi (bidang mengenai bayi yang baru dilahirkan) telah membuktikan dengan meletakkan sedikit manisan ke dalam mulut bayi akan memberi manfaat yang sangat besar kepada mereka.

Apabila seseorang bayi dilahirkan  segala keperluan pemakanan yang dibekalkan  oleh ibunya  melalui tali pusat akan terputus. Dalam masa yang sama, dia memerlukan tenaga untuk mengelak masalah di atas. Sesetengah ibu terutama yang melahirkan anak sulung, mereka mengalami masalah kekurangan susu dan kadang-kadang susu hanya dapat dikeluarkan sehingga hari ke-3.

Amalan sunnah mengtahnikkan bayi yang baru lahir dengan kurma memiliki hikmah yang tidak terkira nilainya. Kurma ialah sejenis buah yang kaya dengan peratusan gula (sekitar 70-80%). Ia mengandungi kedua-dua jenis gula iaitu glukosa dan fruktosa.  Ia amat cepat dicerna dan sangat berkhasiat untuk otak. Melumatkan kurma dengan mulut dan bercampur dengan air liur menjadikan ia semakin mudah untuk dicerna kerana air liur mengandungi enzim amilase yang membantu pencernaan gula kompleks kepada gula yang ringkas dan lebih mudah dicerna. 

Amalan tahnik merupakan satu cara pencegahan kepada hipoglisemia dan mengubati kesakitan kepada bayi yang sangat penting yang diajarkan oleh Rasullah saw kepada kita. Tiada ada sesiapapun yang mengetahui hal ini sehinggalah pada hari ini manusia menemui bahaya kekurangan gula pada bayi. Wallahu a'lam.

Rujukan
Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib
Lulusan Universiti Malaysia Sarawak kini bertugas sebagai pegawai perubatan di Jabatan Pembedahan Am, Hospital Selayang. Merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah Haji bagi tahun 2009.

Rujukan Majalah SOLUSI isu 27



Sedikit Info Bagi Bayi Pra-Matang
Sesungguhnya disunnahkannya tahnik kepada bayi adalah obat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi penting yang sangat, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi.

Dan sesungguhnya bayi yang baru lahir, apalagi jika lahir premature, tanpa diragukan lagi sangat membutuhkan solusi cepat, yaitu memberikan zat gula. Dan rumah sakit-rumah sakit pun kini memberikan kepada bayi dan anak-anak glukosa agar dihisap oleh sang bayi atau anak kecil langsung setelah lahir, kemudian baru setelah itu, mulailah sang ibu menyusuinya.


Sesungguhnya hadits-hadits Nabi Shalallaahu alaihi wasalam yang mulia yang berkenaan dengan tahnik menjadi pintu pembuka cakrawala pengetahuan dunia dalam hal menjaga dan merawat anak atau bayi, khususnya bayi lahir premature.


Premature adalah diantara penyakit yang sangat berbahaya, karena sang bayi memiliki kandungan kadar gula glukosa yang sangat kecil dalam darahnya. Jika diberikan kepadanya zat gula yang siap diserap olehnya, maka itu adalah solusi yang terbaik dan selamat dalam keadaan darurat semacam ini. Tahnik kurma juga sekaligus menjadi mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis, padahal hal itu tidak pernah diketahui sebelumnya, baik pada zaman beliau hidup ataupun pada zaman-zaman sekarang, kecuali setelah dilakukannya sejumlah penelitian pada abad 20-an ini.

Kredit to NABIMUHAMMAD.info


Ulasan
Susu ibu adalah yang terbaik di dunia yang Allah telah ciptakan dengan nutrisi yang lengkap kepada setiap wanita untuk bayi kita. Setiap amalan dan sunnah Rasullah saw pasti ada sebabnya yang harus kita kaji. Kita terlalu fokus dan mengejar misi penyusuan eksklusif seperti tiada sebarang air/makanan yang masuk ke perut bayi berusia yang 6 bulan ke bawah hinggakan amalan mentahnik dan menyuakan sedikit air zam-zam menjadi pertikaian ibu-ibu. Dek kerana nak mengejar title "penyusuan eksklusif" yang Barat ajar kita lupa ikut amalan agama kita. Amalan ini bukan untuk mengenyangkan bayi pun tetapi ia adalah satu sunnah Rasullah saw yang patut kita ikut. Tahukah anda satu kajian telah dibuat atas tajuk Analgestic Effect of Sucrose in Full Term Infants: Randomised Controlled Trial (kesan pengurangan kesakitan oleh gula sukrosas pada bayi) oleh sekumpulan saintis di England. Kajian ini telah disiarkan  dalam The Independent Newspaper (Jun 1995) dan British Medical Journal (Barat juga yang kaji pastu orang Islam ikut sedangkan kita orang Islam tidak mahu mengkaji).

Nota: saya bukan suruh ibu-ibu baru perkenalkan makanan kepada bayi seawal mungkin cuma nak sebarkan amalan dan sunnah Rasullah saw yang bagus untuk kita ikut. Lepas ni jangan ada pertikaian anak aku ni eksklusif ke fully selepas dah bagi kurma atau air zam-zam yang penting beri susu ibu kepada anak semampu mungkin


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Hari Ke--2 Susu Tak Keluar, Perlukah Milk Booster?

Soalan

"Salam Kak, nak tanya ni.kak ipar saya baru bersalin 2 hari lepas. dia lgsg xda susu badan. kalau amik vitamin shaklee mcmana?"

Jawapan

Kredit : susuibu.com


Hari 1-3 yang keluar bukanlah susu tetapi adalah cecair emas ataupun kolostrum yang mana yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.


Kebanyakan ibu mulai mengepam pada hari ke-4 untuk mempercepatkan proses penghasilan susu di mana prinsip asas untuk perbanyakkan susu ialah
LEBIH BANYAK SUSU DIKELUARKAN LEBIH BANYAK LAGI SUSU BARU AKAN DIHASILKAN. Penghasilan susu matang  pula bergantung kepada badan ibu  itu sendiri dan  ibu boleh mula memerah/mengepam setiap 3 jam sekali. Jangan risau jika ada sesetengah ibu tidak mempunyai susu kecuali mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau ada juga sesetengah ibu dianugerahkan gugusan alveoli yang sedikit dan apa yang perlu ibu buat ialah banyakkan pengambilan makanan yang berzat dan seimbang contohnya ibu menyusu memerlukan banyak protein, zink, karbohidrat, kalsium, lemak dan sebagainya. 

Jangan risau jika si kecil menangis kerana ia bukan mahukan susu  sahaja tetapi ia mahukan dirinya dipeluk dan  dirangkul oleh si ibu bagi mendapatkan keselesaan. Bayi yang baru lahir memerlukan penyesuaian dengan dunia luar dan bukannya menangis semata-mata mahukan susu. Yakinlah bahawa kita mampu membekalkan susu kepada si kecil. Perut si kecil hanya sebesar biji guli yang  memerlukan 20ml susu sahaja dan bukannya 200ml. Lebih banyak hisapan daripada mulut si kecil maka lebih banyak susu akan terhasil. Ingatlah susu kita bukan keluar memancut-mancut tapi memerlukan banyak rangsangan dari si kecil. 1 jam pertama teruslah menyusukan si kecil anda selagi boleh kerana masa itu si kecil sangat alert dengan persekitarannya. Jika boleh elakkan menyusu menggunakan botol kerana ia akan mengganggu proses penyusuan itu nanti.

Perlukah penggalak susu semasa hari pertama bersalin. Bagi saya TIDAK perlu. Ibu kena ingat, menyusu memerlukan ilmu. Jika ibu makan penggalak susu tetapi tidak ada rangsangan dari hisapan si kecil, tidak ada sesi pemerahan ataupun mengepam maka susu tidak akan terhasil. Selalunya ibu akan merasa bengkak susu di hari ke-3 dan seterusnya. Ditakuti jika si ibu mengambil penggalak susu di awal-awal berpantang akan berlaku masalah bengkak susu jika jadual menyusu/memerah tidak konsisten dan ia akan mengundang masalah lain seperti demam bengkak susu, mastitis dan seterusnya breast abcess. Ada sesetengah ibu tidak mengambil penggalak susu tetapi hanya mengambil suplemen sahaja tetapi masih dapat menghasilkan stok yang banyak kerana si ibu itu faham fungsi suplemen dan konsisten dengan jadual mengepam.

Tidak salah jika si ibu ingin mengambil suplemen kerana pengambilan suplemen membantu ibu untuk lebih bertenaga, mengurangkan masalah kemurungan, mengurangkan rasa stress, membuatkan badan si ibu lebih segar dan bertenaga kerana si ibu perlu menyusukan si kecil, menjaga anak-anak yang sedia ada serta terpaksa melakukan kerja-kerja rumah sendirian bagi ibu  yang tidak mempunyai pembantu rumah ataupun berpantang bersendirian.

Sebenarnya ada perbezaan antara SUPLEMEN dan juga PENGGALAK SUSU tetapi ada juga sesetengah suplemen akan menjadi penggalak susu apabila ia membantu meningkatkan penghasilan susu kepada sesetengah ibu. Walaubagaimana pun apa yang patut kita concernkan ialah perbaikilah taraf kesihatan itu sangatlah penting kerana apabila si ibu itu merasa lebih sihat, bertenaga dan kurang rasa stress si ibu dapat menjalani tugas-tugas 'hakikinya' di rumah dengan baik dan dapat melayan hati sang suami dan juga si kecil. 

Bagi saya untuk menjadi IBU dan ISTERI bukanlah mudah sebab kita perlu menjaga keperluan si suami dari segi makan dan minum, pakaian, menajga hubungan intim dan harta si suami kerana Allah telah menjanjikan syurga dan pahala buat kita. Sebagai wanita yang bergelar ibu juga, kita perlu tabah dan sabar dalam menyusukan anak, menjaga dan juga mendidik.

Bagi saya pengambilan penggalak susu perlu diambil jika si ibu mengalami masalah pengurangan susu tetapi ia adalah PILIHAN. Saya tidak pernah mengatakan pengambilan penggalak susu itu salah tetapi  saya cukup risau pemahaman ini akan disalahertikan di mana ibu-ibu baru tidak ada pengetahuan asas tentang ilmu penyusuan dan ilmu suplemen. Jika si ibu ingin mengambil juga penggalak susu tidak ada halangan JIKA si ibu itu memahami konsep pengosongan payu dara yang betul. Perlu diingat kita perlu mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali dan jangan tunggu payudara bengkak ataupun simpan susu untuk menyusu si kecil. Tiada istilah 'simpan susu' sampai balik rumah kerana ditakuti jika tidak ada pengosongan payudara setiap 3 jam otak akan mendapat signal bahawa tiada rutin menyusu/memerah diketika itu dan badan mulai tidak akan menghasilkan susu. 


Jadi, ibu-ibu perlu lebih banyak membaca untuk menambahkan pemahaman mengenai penyusuan agar kita tahu apa yang perlu kita lakukan jika susu tiba-tiba menjadi sedikit.




Salam Sayang,



Mama Anis & Aisyah