Pengikut

Isnin, 13 Februari 2012

Penyusuan Ku


Assalammualaikum,

Saya mula menggunakan produk Shaklee semasa saya menyusukan Aisyah Humaira' di kala umurnya 10 bulan pada tahun 2009 - kini.  Alhamdulillah sebelum saya mengambil Shaklee saya memang seorang pengepam yang konsisten dan tiada masalah kekurangan susu walaupun saya terlambat mengenali dunia penyusuan. Saya mulai belajar menggunakan pam, membuat stok dan mula membekalkan Aisyah EBM semasa saya mula naik bekerja. Di kala itu saya memang aktif di forum susuibu.com dan dari situlah saya mengenali otai-otai yang kini kebanyakannya bergelar Lactation Counselor dan Peer Counselor (termasuklah diri saya sendiri). Saya memang sangat mencintai dunia penyusuan walaupun Aisyah kini telahpun berusia 3 tahun (3 Februari 2009).

Saya akui perjalanan penyusuan saya sangat mencabar kerana kekurangan sokongan daripada orang sekeliling iaitu suami saya sendiri kerana saya sendiri memberi contoh yang salah tentang penyusuan (saya suka membeli dan membeli gajet2 penyusuan which is bagi suami ia adalah membazir huhu). Walaupun begitu dengan sikap saya yang degil dan hati kering saya berjaya menyusukan Aisyah sehingga ia berumur 1 tahun 6 bulan (kekurangan motivasi membuatkan saya give-up + sakit). Apa pun TAHNIAH untuk diri saya sendiri kerana berjaya menyusukan Aisyah sehingga saat itu. Untuk ibu di luar sana janganlah berasa kecewa jika tidak dapat menyelesaikan misi 2 tahun dan anda seharuslah berbangga kerana berjaya menyusukan bayi anda tidak kira berapa lama, TAHNIAH!!

Asalnya saya mengambil Shaklee kerana saya sering keletihan dan stress dan juga Shaklee juga menyediakan milk booster (saya suke!!). Sememangnya sebelum mengenali Shaklee saya memang suka mengambil vitamin sejak anak pertama lagi. Saya tidak pernah memikirkan berapa OZ yang saya dapat setiap kali mengepam kerana saya lebih suka fokus pada proses. Bagi saya samada saya ambil milk booster ataupun tidak saya tetap mengepam dengan konsisten sebab saya belajar mengenai penyusuan terlebih dahulu dan saya tidak suka membuatkan sesuatu kerana ikut-ikutan. Selepas saya habis pantang saya memang gigih menggali ilmu-ilmu penyusuan dengan berforum dan membaca link-link yang berada di situ, menghadiri SGM pada setiap bulan, berkawan dengan otai-otai yang expert penyusuan dan juga rajin membaca blog penyusuan yang memberi info yang tepat dan betul sebab saya mahu memberikan yang TERBAIK untuk Aisyah dan saya juga seorang yang sangat cerewet di dalam pengendalian EBM.

Selepas itu saya ditawarkan untuk menghadiri kursus laktasi untuk menjadi Peer Counselor kerana minat saya yang sangat mendalam untuk membantu ibu-ibu yang hadapi masalah penyusuan. Selepas mengambil Shaklee dengan konsisten dan menjadi pengedar yang sah pada April 2010 saya keluar daripada MBFPC untuk membantu ibu-ibu di luar dengan cara saya sendiri dan tanpa ada apa-apa sekatan atau terikat dengan mana-mana polisi. Saya bebas dan saya rasa kepuasan apabila bergerak dengan sendiri untuk membantu ibu-ibu di luar sana.  Jujurnya saya lihat ramai ibu yang menyusu tidak mempunyai apa-apa pengetahuan terutamanya di dalam pengendalian susu perahan dan ia amatlah mendukacitakan saya.  Sangat menyedihkan ada ibu yang telahpun menyusukan dan mula bekerja tetapi mempunyai pengetahuan yang kosong dan tidak tahu apa-apa langsung bagaimana mengendalikan susu perahan mereka di rumah mahupun untuk di hantar ke pengasuh.

Nasihat saya jika anda ingin menyusukan bayi anda secara eksklusif mulalah mencari ilmu semasa anda hamil lagi. Banyakkan menghadiri kelas-kelas penyusuan di klinik kesihatan kerajaan mahupun kelas-kelas berbayar. Banyakkan mencari ilmu dengan membaca buku-buku penyusuan, membaca blog-blog yang memberi manfaat serta rajin-rajinlah masuk ke forum penyusuan dan berdiskusi secara berhemah. Jika perlu catat atau print out semua nota-nota penting dan compilekan. Share setiap ilmu yang anda dapat bersama suami serta ahli keluarga agar mereka mendapat pencerahan serta kesedaran kebaikan susu ibu. Kini banyak SGM diadakan di mana ia adalah percuma dan datanglah  untuk menimba ilmu semasa anda hamil lagi dan bawalah sekali suami serta ahli keluarga agar mereka terlibat sama untuk memberikan pandangan dan pendapat.

Jika anda ingin mengambil suplemen semasa penyusuan ia tidak menjadi halangan kerana ia adalah untuk diri anda - bukan untuk bayi anda. Jika anda ingin mengambil milk booster (penambah susu) pertimbangkanlah dahulu kerana milk booster di ambil semasa anda menghadapi kekurangan susu dan elakkan mengambil semasa di dalam pantang kerana susu kita sangat banyak ketika itu jika ada menyusu dengan betul dan mengepam dengan berjadual dan konsisten. Tiada satu pun ibu di dunia ini yang tiada susu badan,  yang ada ialah SEDIKIT atau BANYAK sahaja. Bagi saya jika ingin berjaya melaksanakan misi penyusuan anda ialah carilah ilmu penyusuan sebanyak mungkin dan janganlah suka menjadi MAK TURUT.

Salam Sayang,


Mama Anis & Aisyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan