Assalammualaikum,
Sejak dikenali ramai perahsantan le sangat! iyalah mana idoknya udah saya mewar-warkan diri saya untuk buat Moms Support Group dan offer diri nak bantu ibu bermasalah penyusuan, ada juga kedengaran di FB saya, awak LC kah? He he he saya LC (Lactation Counselor) tidak bertauliah. Psssttttt.....dendiam tau. Bukanlah...saya memang tiada certificate LC tu cuma saya ni hanyalah suka-rela-wan-to-three yang pernah lah ikut kursus Peer Counselor masa bulan Januari, 2010 hari tu. Masa tu duk ngangkut Aisyah Humaira' ke kelas yang mana saya memang tak boleh nak fokus hek hek.
Alhamdulillah berkat training memula taknak pergi sebab suami ada hal selama 2 hari itu, dapatlah gambaran jelas bagaimana nak bantu ibu-ibu bermasalah ni. Sekarang 4 hari ye dan coming soon tak tahulah berapa hari pula nak tambah. Zaman saya dahulu, training tu more pada presentation by group di mana kita diberi situasi dan kita diminta untuk menyelesaikan masalah ibu-ibu yang bermasalah. Selepas life presentation barulah ada sesi penerangan dari sifu-sifu penyusuan.
Selepas itu saya tidak menoleh ke belakang lagi bahkan saya sentiasa cuba memajukan diri, menghupdate minda dan berjumpa pelbagai ibu dengan pelbagai masalah, karenah dan kisah kejayaan semasa penyusuan. Rasa sayalah, kalau saya kira-kira semula kes yang pernah saya selesaikan more than 10 jugalah sebab saya juga bergerak as a pengedar Shaklee yang tidak mementingkan duit di mana saya memang fokus untuk set penyusuan.
Setakat ini hampir 4-5 kali saya dan rakan-rakan datang untuk buat sharing di pejabat kerajaan dan juga private especially hari Jumaat lunch time. Untuk konsultan personal adalah beberapa ibu yang mana datang ke rumah untuk berjumpa dan ada juga saya ke rumah ibu-ibu tersebut especially sewaktu berpantang. So far saya sangat sangat sangat gembira kerana cara tidak langsung saya dapat mengembangkan awareness tentang penyusuan susu ibu. Saya juga bergerak as a Moderator di Support Group Meeting di komuniti Saujana Utama, Sg. Buloh di atas pelawaan Nuha Moms Basic. Sejak tahun lepas saya dan Moms Basic akan adakan SGM setiap bulan.
FYI, jika ibu-ibu memerlukan perkhidmatan saya (FOC ye) Insyaallah saya akan membantu mengikut kelapangan dan kesesuaian masa. Memang saya plan untuk pergi ke kelas 20 jam tetapi buat masa ini masih belum ada tawaran untuk mengikuti kursus tersebut. Bagi saya SIJIL tidak penting, yang penting kita bantu dengan ikhlas dan mengikut cara yang betul. Perlu ada dan mahirkan diri dengan ilmu-ilmu penyusuan, fakta perlu tepat dan betul agar tidak menjadi songsang. Apa guna ada tauliah tetapi kita tidak mampu 'menyentuh hati ibu', kan? Setakat ini saya gembira di dalam kedudukan sekarang kerana saya tidak terikat mana-mana polisi dan peraturan yang menjengkelkan.
I LOVE BREASTFEEDING
SGM di Moms Basic, Saujana Utama
SGM ini ada dikeluarkan di Pa&Ma
Sharing di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Sharing di MPOB, saya tengah ternganga kagum hehe
Jika ibu berminat nak mengadakan sharing di tempat kerja di sekitar Putrajaya-Bangi-Cyberjaya sangatlah saya alu-alukan. Boleh hubungi saya di 012-3202573.
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah



Tiada ulasan:
Catat Ulasan